PR-024-2:2012(C01)
DESKTOP PUBLISHING SOFTWARE INSTALLATION
C 01- FUNGSI PERISIAN SUNTINGAN IMEJ
1.2 Mengubah suai resolusi imej
Terdapat pelbagai sebab anda mungkin perlu mengubah suai imej. Salah satu sebab ini adalah supaya anda boleh menumpukan perhatian pada aspek yang lebih halus pada imej anda. Apabila anda berhasrat untuk mencetak
imej pada saiz yang lebih besar, sebagai contoh, anda memerlukan resolusi yang
lebih tinggi untuk melihat butiran dengan lebih baik dan berkualiti .
Langkah paling awal sebelum suntingan dibuat adalah menetapkan resolusi
yang dikehendaki ketika
i. membuat Setting/tetapan format Colour Mode (Rujuk Rajah 1)
ii. setting Resolution. (Rujuk Rajah 2)
Resolusi 300 DPI dianggap sebagai penanda aras untuk gambar dan imej yang hebat. Menghasilkan bahan luar untuk syarikat, seperti risalah, kulit buku,
brosur atau poster, memerlukan resolusi 300 titik setiap inci bagi format RGB.
Manakala 72 DPI dalam format CMYK adalah penanda aras bagi cetakan
Manakala 72 DPI dalam format CMYK adalah penanda aras bagi cetakan
besar seperti pada tarpolin bagi membuat banner, bunting, billbord dan backdrop.
Lebih tinggi titik per inci atau DPI, lebih tinggi resolusi dan lebih baik kualiti salinan dan cetakan. Sebagai contoh, resolusi 1200 kali 1200 titik per inci (dpi) akan memberikan anda kualiti salinan dan cetakan yang lebih tinggi daripada 600 kali 600 titik per inci (dpi). Ia juga akan memberikan anda halftone yang lebih baik.


No comments:
Post a Comment