Friday, 21 July 2023

C 01- 01-FUNGSI PERISIAN SUNTINGAN IMEJ- Ukuran

 

PR-024-2:2012(C01) 

DESKTOP PUBLISHING SOFTWARE INSTALLATION


C 01- FUNGSI PERISIAN SUNTINGAN IMEJ


1.0    FUNGSI PERISIAN SUNTINGAN IMEJ

Perisian suntingan imej merupakan perisian yang paling digemari berbanding perisian yang lain kerana ia melibatkan suntingan gambar sama ada dari kamera DSLR, kamera compact, gambar digital, gambar daripada imbasan/scanner dan paling meluas kini adalah gambar daripada telefon bimbit. Perisian ini boleh dimuat turun dari sumber terbuka sama ada berbayar atau sebahagiannya disediakan oleh pembina telefon pintar atau penjual komputer secara percuma.

Fungsi utama perisian suntingan imej adalah :

1.1      mengubah suai ukuran atau saiz imej sama ada ukuran 

1.2      mengubah suai resolusi imej 

1.3      melaraskan, menukar atau mengubah suai warna imej

1.4      memberikan kesan khas kepada imej menggunakan penapis (filter)

1.5      menukar format imej dari format asal ke format yang lain seperti format jpeg,

           png,psd, psb, tiff dan giff.

1.6      mengimbas (scan) gambar dari mesin pengimbas bagi pengubahsuaian imej



1.1      Mengubah suai ukuran atau saiz imej sama ada ukuran

            Ukuran atau Saiz adalah merujuk kepada ukuran lebar x panjang
            sesebuah imej

Rajah 1: Preset ukuran / saiz imej di Adobe Photoshop

               Saiz atau ukuran sesuatu imej boleh diubah suai sama sebelum, semasa atau

             selepas suntingan  imej dilakukan.  Antara saiz yang boleh dibuat tetapan ialah:

                i.     Ukuran Default Photoshop 

                        - PSD atau PSB

                ii.    Ukuran U.S Paper 

                        - Letter , Legal,Tabloid

                iii.   International Paper-(Rujuk Rajah 2)

                         - A1,A2,A3,A4,A5,A6, B3,B4,B5, C4,C5,C6

                iv.   Photo Paper- (Rujuk Rajah 3)

                        - Landscape 2 x3, 5 x 7, 8 x 10  atau Potrait 2 x3,4 x 6,5x7 dsb

                v.    Web - (Rujuk Rajah 4)

                vi.   Mobile & Devices

                vii.  Filem dan Video

Rajah 2: Preset ukuran International



                                                    Rajah 3 :Preset ukuran Photo

         

Rajah 4 :Preset ukuran Web

Rajah 5 :Preset ukuran Mobile & Devices









No comments:

Post a Comment

C 01- ANTARA MUKA PERISIAN -ADOBE PHOTOSHOP

  PR-024-2:2012(C01)  DESKTOP PUBLISHING SOFTWARE INSTALLATION -----------------------------------------------------------------------------...