PR-024-2:2012(C01)
DESKTOP PUBLISHING SOFTWARE INSTALLATION
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. MENYEDIAKAN PERISIAN DESKTOP PUBLISHING (DTP)
2. MELAKSANAKAN INSTALASI PERISIAN DESKTOP PUBLISHING
3. MELAKSANAKAN PENGUJIAN PERISIAN DESKTOP PUBLISHING (DTP)
4. MENYIMPAN PERISIAN PEMASANG DESKTOP PUBLISHING (DTP) DI TEMPAT YANG SELAMAT
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. MELAKSANAKAN PROSES INSTALASI PERISIAN DTP
1. LESEN PERISIAN
Lesen perisian ialah perjanjian yang dipersetujui antara pemilik dan pengguna perisian. Ianya merujuk kepada perjanjian antara pengguna yang telah membeli perisian tersebut. Lesen perisian biasanya mengandungi terma-terma dan syarat bagaimana sesebuah perisian boleh digunakan.
Lesen perisian terbahagi kepada :
3.1 Freeware
3.2 Shareware,
3.3 Limited License (LL),
3.4 Unlimited Site License (USL)
3.5 Volume Purchase Agreement (VPA).
3.6 Network Lisence
3.1 Freeware
Freeware adalah perisian atau aplikasi yang boleh digunakan oleh semua orang tanpa perlu membayar. Pengguna boleh memuat turun (download) perisian atau aplikasi di laman sesawang secara percuma tanpa had masa dan jumlah waktu penggunaan. Pengguna tidak perlu memasukkan nombor serial (keygen) untuk menggunakan perisian dari jenis lesen Freeware.pemilik perisian membenarkan pengguna menggunakan satu salinan perisian tersebut atau lebih, akan tetapi tidak memindah milik perisian tersebut kepada pengguna. Oleh itu, si pengguna hendaklah bersetuju dengan lesen tersebut dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian itu. Dengan mengedarkan salinan perisian proprietari kepada orang lain, sama ada secara percuma atau berbayar, pemilik perisian dapat mengekalkan hak miliknya terhadap perisian itu dan mengenakan kekangan sebanyak mana yang dia suka
Akan tetapi lesen perisian jenis Freeware mempunyai syarat iaitu tidak membenarkan pengguna untuk mengubahsuai perisian dan tidak menggunakan untuk kepentingan komersial. Contoh perisian yang menggunakan lesen Freeware adalah mozila firefox dan winamp.
3.2 Shareware
Shareware adalah perisian yang sama dengan Freeware iaitu pengguna boleh menggunakan perisian secara percuma dengan memuat turun dari laman sesawang. Akan tetapi penggunaan perisian jenis Shareware ni mempunyai had penggunaan dan masa penggunaan. Kebiasaannya had penggunaan masa selama 30 hari atau penggunaan perisian itu sebanyak 30 kali sahaja. Jika sudah sampai tempoh had penggunaan, perisian tersebut tidak boleh digunakan lagi dan pengguna perlu membeli dan memasukkan nombor serial (keygen) untuk terus menggunakan perisian tersebut. Biasanya perisian jenis lesen Shareware ini dikenali sebagai perisian percubaan (trail pack). Contoh perisian adalah internet download manager dan norton.
3.3 Limited License (LL)
Limited License (LL) adalah jenis lesen yang boleh digunakan untuk satu komputer sahaja. Perisian di bawah jenis Limited License ini tidak boleh digunakan melebihi satu set komputer. Contoh perisian yang menggunakan Limited License (LL) adalah perisian sistem operasi Windows dan MacOS.
3.4 Unlimited Site License (USL)
Unlimited Site License (USL) adalah jenis lesen yang membenarkan perisian dipasang (install) untuk lebih dari satu set komputer. Perisian di bawah kategori Unlimited Site License ini membenarkan perisian dipasang pada set komputer yang banyak dengan syarat ke semua set komputer tersebut perlu berada di bawah satu kawasan yang sama. Contoh bagi perisian jenis ini ialah perisian yang digunakan di satu syarikat atau sekolah.
3.5 Volume Purchase Agreement (VPA)
Volume Purchase Agreement (VPA) adalah jenis lesen yang menyediakan kepada pelanggan pembelian capaian yang besar dengan tawaran potongan harga.
3.6 Network license


No comments:
Post a Comment